Thursday, July 6, 2023

Menjual di ETSY


Saya mula terjebak dengan menjual di ETSY pada May 23. Haslinda dan design sebenarnya memang tak ada chemistry. Tapi saya selalu berdoa pada Allah supaya diberikan petunjuk jalan yang patut saya ambil untuk tambah pendapatan keluarga. Allah tunjukkan jalan ni. 

Nak buat benda yang kita bukan pakar memang sangat mencabar. Yes! Physically and mentally. Saya punyalah godek segala YOUTUBE dan mak nenek untuk hasilkan design dan jualkannya di ETSY.

Alhamdulillah setelah 25 hari menjual, saya telah berjaya mendapat 1 jualan. Baru satu dan InsyaAllah more to come.

Boleh jalan-jalan tengok kedai saya di sini: DalindoDesign.etsy.com

Macam-macam boleh di jual di ETSY sebenarnya. Saya yang pilih untuk buat digital design sebab mudah. Tak perlukan banyak kerja. Cuma buat design and listkan kat Kedai ETSY. Dan ianya boleh dijadikan sebagai passive income. Buat sekali, boleh dijual berkali-kali.

Kita dah tak boleh nak harapkan satu pendapatan sahaja sekarang ni. Kena pakai banyak topi. Tapi kena pandai pilih topi lah. Work smart k!

Till then. Babai!



No comments:

Post a Comment

Exploring the Science Behind Intermittent Fasting: Unlocking the Secrets to a Transformed Physique

Intermittent fasting has gained significant popularity in recent years. But what exactly is intermittent fasting? It is an eating pattern th...