Untuk saya, rumah yang paling best dan nyaman sekali adalah rumah yang bilamana kita masuk ianya bersih, segar, kurang habuk dan semestinya wangi!
Tapi...ada tapinya...
Siapa nak buat semua tu? Kalau takde pembantu, kita sendiri lah kan?
Bukan semua orang ada sifat dan mempunyai tahap kerajinan yang super duper tinggi melangit. Macam saya, saya lagi suka memilih memasak berbanding dengan mengemas rumah. Mengemas semestinya bukan my cup of tea. Di rumah, kami memiliki 6+2 ekor kucing. Jadi bayangkan habuk bulu kucing yang harus dicuci setiap hari. Itu belum termasuk debu-debu dari luar rumah.
Jadi apa perlu saya ada untuk memastikan rumah saya kemas dan bersih?
Ini yang saya lakukan untuk memastikan rumah kekal bersih.
1. Doa. Hahahha..Doa dulu!
Sebelum tidur malam, saya sisipkan doa supaya saya mempunyai kekuatan untuk memberihkan rumah pada keesokan hari.
2. Plan dalam bayangan sebelum tidur
Masa menutup mata, saya bayangkan rumah yang bersih. Jadi di mana harus saya mulakan. Saya bayangkan saya mula menyapu di ruang-ruang di dalam rumah. Saya bayangkan sedetail-detailnya.
3. Bangun pagi
Bangun dalam keadaan yang tenang. Dan ingat kembali harapan kita malam semalam. dan realisasikan.
4. Motivasi
Ya betul! Ada hari yang kita memng ada M yang sangat besar menghimpit otak kita daripada melakukan apa yang kita impikan semalam. Jadi apa yang saya buat adalah, saya scroll dulu Instagram atau Facebook untuk mencari ilham. Bila kita tengok rumah orang yang cantik dan bersih automatically motivasi akan timbul dari situ. Saya lah. Boleh cuba jugak cara ini.
5. Minta pertolongan daripada ahli keluarga
Ini paling penting. Sebab tanpa kerjasama daripada ahli keluarga, kita kan jadi pemarah. Marah sebab bila kita mengemas kita harapkan rumah akan kekal dalam keadaan bersih sampai bila-bila..hahahha...Memang tak lah kan? Jadi kita perlukan kerjasama daripada seluruh ahli keluarga supaya sama-sama mnejaga keadaan rumah agar sentiasa sedap mata memandang. Lagipun kita semua duduk dan bernafas di dalam rumah yang sama kan?
Kesimpulannya, rumah dan persekitaran yang bersih adalah sebahagian daripada motivasi dalaman untuk ketenangan dan menghindari diri kita daripada penyakit-penyakit yang tidak diingini.
*Gambar di atas adalah hiasan. Bukan rumah saya.😂
No comments:
Post a Comment