Zaman sekarang ni ialah zaman kita beringat-ingat dengan kewangan. Sebab: Matawang Malaysia makin jatuh. Jadi harga barangan semakin mahal.
Saya menulis especially untuk wanita yang banyak mengawal urusan kewangan keluaga. Kita memang terkesan dengan harga barang yang melambung tinggi sekarang.
Dulu kita boleh lagi membeli bahan mentah di pasar dengan RM70.00 masih dapat beli ayam, ikan dan sayur untuk keluarga 5 orang cukup untuk seminggu. Sekarang perlukan lebih kurang RM150 untuk beli semua keperluan. Memang naik seganda dan lebih kalau betul2 nak cukupkan keperluan kan? Itu belum termasuk kalau pergi ke Grocer store untuk belian barang kering pulak. Pening...
Terasa sangat!
Jadi apa yang boleh kita buat untuk mengawal pembelian agar kita tidak terasa sangat untuk mengeluarkan belanja semasa mrmbeli barang dapur.
1. Tulis barang untuk dibeli dan budget
2. Beli apa yang habis sahaja
3. Jangan tertipu dengan savings kalau beli 2 barang di rak supermarket.
4. Bawak duit cukup-cukup
5. Jangan beli semua yang dirasakan perlu, padahal tak de pun takpe
6. Kreatif
7. Dah tahu apa nak masak
8. dah beli habis cukup. Jgn tambah list
9. Motivasi diri kena kuat. Sila makan sebelum bershopping.
Kita tak pasti sampai bila harga barangan ni akan sentiasa naik harga. Tapi kalau difikirkan harga barang memang akan sentiasa naik. Jarang sekali dapat turun kan?
Jadi berhemahlah semasa berbelanja.
Babai!
Makcikminimalist.
No comments:
Post a Comment