Wednesday, July 12, 2023

Ada-ada-takda-takpa

Zaman sekarang ni ialah zaman kita beringat-ingat dengan kewangan. Sebab: Matawang Malaysia makin jatuh. Jadi harga barangan semakin mahal. 

Saya menulis especially untuk wanita yang banyak mengawal urusan kewangan keluaga. Kita memang terkesan dengan harga barang yang melambung tinggi sekarang.

Dulu kita boleh lagi membeli bahan mentah di pasar dengan RM70.00 masih dapat beli ayam, ikan dan sayur untuk keluarga 5 orang cukup untuk seminggu. Sekarang perlukan lebih kurang RM150 untuk beli semua keperluan. Memang naik seganda dan lebih kalau betul2 nak cukupkan keperluan kan? Itu belum termasuk kalau pergi ke Grocer store untuk belian barang kering pulak. Pening...

Terasa sangat!

Jadi apa yang boleh kita buat untuk mengawal pembelian agar kita tidak terasa sangat untuk mengeluarkan belanja semasa mrmbeli barang dapur.

1. Tulis barang untuk dibeli dan budget 

2. Beli apa yang habis sahaja

3. Jangan tertipu dengan savings kalau  beli 2 barang di rak supermarket.

4. Bawak duit cukup-cukup

5. Jangan beli semua yang dirasakan perlu, padahal tak de pun takpe

6. Kreatif 

7. Dah tahu apa nak  masak

8. dah beli habis cukup. Jgn tambah list

9. Motivasi diri kena kuat. Sila makan sebelum bershopping.

Kita tak pasti sampai bila harga barangan ni akan sentiasa naik harga. Tapi kalau difikirkan harga barang memang akan sentiasa naik. Jarang sekali dapat turun kan?

Jadi berhemahlah semasa berbelanja.

Babai! 

Makcikminimalist. 



Sunday, July 9, 2023

Bersihnya Rumah...


Untuk saya, rumah yang paling best dan nyaman sekali adalah rumah yang bilamana kita masuk ianya bersih, segar, kurang habuk dan semestinya wangi!

Tapi...ada tapinya...

Siapa nak buat semua tu? Kalau takde pembantu, kita sendiri lah kan? 

Bukan semua orang ada sifat dan mempunyai tahap kerajinan yang super duper tinggi melangit. Macam saya, saya lagi suka memilih memasak berbanding dengan mengemas rumah. Mengemas semestinya bukan my cup of tea. Di rumah, kami memiliki 6+2 ekor kucing. Jadi bayangkan habuk bulu kucing yang harus dicuci setiap hari. Itu belum termasuk debu-debu dari luar rumah. 

Jadi apa perlu saya ada untuk memastikan rumah saya kemas dan bersih?

Ini yang saya lakukan untuk memastikan rumah kekal bersih.

1. Doa. Hahahha..Doa dulu!

Sebelum tidur malam, saya sisipkan doa supaya saya mempunyai kekuatan untuk memberihkan rumah pada keesokan hari.

2. Plan dalam bayangan sebelum tidur

Masa menutup mata, saya bayangkan rumah yang bersih. Jadi di mana harus saya mulakan. Saya bayangkan saya mula menyapu di ruang-ruang di dalam rumah. Saya bayangkan sedetail-detailnya.

3. Bangun pagi

Bangun dalam keadaan yang tenang. Dan ingat kembali harapan kita malam semalam. dan realisasikan.

4. Motivasi

Ya betul! Ada hari yang kita memng ada M yang sangat besar menghimpit otak kita daripada melakukan apa yang kita impikan semalam. Jadi apa yang saya buat adalah, saya scroll dulu Instagram atau Facebook untuk mencari ilham. Bila kita tengok rumah orang yang cantik dan bersih automatically motivasi akan timbul dari situ. Saya lah. Boleh cuba jugak cara ini.

5. Minta pertolongan daripada ahli keluarga

Ini paling penting. Sebab tanpa kerjasama daripada ahli keluarga, kita kan jadi pemarah. Marah sebab bila kita mengemas kita harapkan rumah akan kekal dalam keadaan bersih sampai bila-bila..hahahha...Memang tak lah kan? Jadi kita perlukan kerjasama daripada seluruh ahli keluarga supaya sama-sama mnejaga keadaan rumah agar sentiasa sedap mata memandang. Lagipun kita semua duduk dan bernafas di dalam rumah yang sama kan?

Kesimpulannya, rumah dan persekitaran yang bersih adalah sebahagian daripada motivasi dalaman untuk ketenangan dan menghindari diri kita daripada penyakit-penyakit yang tidak diingini.

*Gambar di atas adalah hiasan. Bukan rumah saya.😂

Thursday, July 6, 2023

Menjual di ETSY


Saya mula terjebak dengan menjual di ETSY pada May 23. Haslinda dan design sebenarnya memang tak ada chemistry. Tapi saya selalu berdoa pada Allah supaya diberikan petunjuk jalan yang patut saya ambil untuk tambah pendapatan keluarga. Allah tunjukkan jalan ni. 

Nak buat benda yang kita bukan pakar memang sangat mencabar. Yes! Physically and mentally. Saya punyalah godek segala YOUTUBE dan mak nenek untuk hasilkan design dan jualkannya di ETSY.

Alhamdulillah setelah 25 hari menjual, saya telah berjaya mendapat 1 jualan. Baru satu dan InsyaAllah more to come.

Boleh jalan-jalan tengok kedai saya di sini: DalindoDesign.etsy.com

Macam-macam boleh di jual di ETSY sebenarnya. Saya yang pilih untuk buat digital design sebab mudah. Tak perlukan banyak kerja. Cuma buat design and listkan kat Kedai ETSY. Dan ianya boleh dijadikan sebagai passive income. Buat sekali, boleh dijual berkali-kali.

Kita dah tak boleh nak harapkan satu pendapatan sahaja sekarang ni. Kena pakai banyak topi. Tapi kena pandai pilih topi lah. Work smart k!

Till then. Babai!



Wednesday, July 5, 2023

9/10 daripada Punca Rezeki adalah melalui Perniagaan. Biiznillah...

Business.

Lepas berenti kerja pada tahun 2012, saya terus terjun ke bidang insurans secara full time. Kalau tanya saya kenapa insurans? Saya pun tak tau nak bagi sebab. Itu yang Allah lorongkan sebenarnya. Sebab kalau pendapat ramai orang, seorang ejen insurans mesti pandai cakap. Atau ramai kawan, atau pandai menjual. Takde satu pun perkara tersebut ada pada saya.

Memang saya terjun buta-buta. Tenggelam kalu babai lah...

Suami selalu cakap pada saya, "Do you have what it takes to be a sales person?" Tak semua orang boleh jadi ejen insurans. Tak semua orang ada bakat untuk jadi penjual. Tapi saya buat buat jugak. Alhamdulillah dapat rasa dan experience banyak benda, Dapat travel. Dapat kawan-kawan baru.




Dapat pegi Taipei, Taiwan. Free. 2019


Dapat pegi Osaka, Jepun. Free. 2019


Alhamdulillah dapat lah jugak merasa. 

Tapi lepas PKP pada 2020, saya memng dah takde semangat nak buat insurans. Hilang sekali dengan COVID-19 rasanya...

Sementelah suami pun dah tak sambung kontrak kerja dia kat Kedah, lepas bertapa selama lebih 2 bulan di Sungai Petani Kedah, kami besemangat nak sambung semula perniagaan grocer kami yang dah tenggelam timbul dari 2016. 

Maka bila dah buka saja border negeri, kami terus ambil peluang untuk balik ke Selangor. Kami pun memulakan misi berniaga ayam dan daging sepenuh masa.


Mungkin asbab daripada PKP jugak, ramai kena berkurung di rumah, jadi permintaan memang tinggi. Jualan sangat laju. Daripada hanya ayam dan daging sejukbeku, kami tambah dengan stock barangan segar pula. Ayam, daging, ikan, udang, sotong, buah-buahan dan sayur- sayuran segar.

Best berniaga ni. Modal dan untung tu biasa. Tapi perjalanan perniagaan, turun naik momentum tu yang buat kita sangat-sangat berserah pada Allah. Memang bulat-bulat hanya serah pada Dia. Kita laksanakan saja. Apa yang jadi..jadi lah. Apa yang tak jadi kita redha dan doa semoga Allah ganti yang lebih baik daripada itu. InsyaAllah..Amiinn..

Saya akan kongsikan lagi cerita perniagaan saya di lain nukilan. Salam...





Annyeonghaseyo!

Annyeonghaseyo!

Wawitt..! Lamanya bersarang blogspot ni.

Last blogging tahun 2015. Itu masa belom mengandungkan Imani. Anak no 4. Last InsyaAllah 😂. Sekarang dia dah 7 tahun.



Harini semangat nak berblogging semula. Semoga Istiqamah. InsyaAllah..Amiinn..

Nak kena cantikkan lagi blog ni. Semoga ramai orang akan dapat manfaat daripada sharing saya dalam blog ni. Macam-macam nak share ni. Kena buat petaminda dulu.😁

Short sangat posting ni. Just to warm up..heheheh..

Nanti saya tulis lagi ya! Babai..

Exploring the Science Behind Intermittent Fasting: Unlocking the Secrets to a Transformed Physique

Intermittent fasting has gained significant popularity in recent years. But what exactly is intermittent fasting? It is an eating pattern th...