Thursday, April 2, 2015

Oh Periaku

 Alhamdulillah.. ini hasil yang seberapa untuk sebuah edible garden yang humble.

Actually its not about the type of sayur yang best, tapi bila tengok sendiri hasilnya.. masyaAllah Subhannallah!! Rasa penat lelah menjaga tu jadi berganda2 baloinya.

Kena buat dan rasa sendiri baru tau apa perasaan saya...

Hasil dari kebun ku
Bila dah tanam sendiri perasan sendiri yang rasanya peria ni lagi sedap drpd beli. hahahaa...poyo je kan? Tapi seriously, peria ni lagi rangup dan tak pahit sangat. Bukan saya sorg yang cakap, hubby pun kata benda yang sama... maybe perasaan ja kot hehehe...

Cukuplah untuk buat makan malam

Ini saya cuma goreng campur garam kunyit, bila dah lembut sikit baru masukkan telor dan pepper. dah siap...Buahnya kecik je, so inilah je lah hasilnya. dap2..

Alhamdulillah....


Monday, March 23, 2015

Donut Dalin

Ini activity ngan anak2 last week. Mengedoh donut. Wah3.. macam tere je kan..?

First time ni. Caption tells the story.. hahaha


Lepas gaul nilah hasilnya.. Kena tutup ngan kain n biar dalam 1 jam

Lepas 1 jam.. tara!! ini lah hasilnya. Kebaboom!! Nasib baik tak meletup hehhe..

Disebabkan saya budak baru belajar maka maafkanlah hasil donut ni.. kehkehkeh..

Insyirah pun jadi pembantu chef no 1
Irfan jadi helper no 2.. Ada gaya nak ganti chef dah tu..

Goreng dalam 2 min, ni lah hasilnya...


Glaze

Glaze yang dicampur dgn jam coklat 


Donut yang dah disalut ngan glaze dan ditabur almond, pearls

Ini baru separuh. Ada lagi separuh blom goreng. And teh best part it, licin terus!
Bole lah buat lagi lepas ni. tapi kalau nak bukak kedai, mmg tak la kot! nak mengedohnya tuuu.. adoi!! sakitnya tuh di sini!!

Resepi banyak. Sila tanya pakcik YT. Sbb i pun amik dr dia. Dia bagi free...kuangkuangkuang...

Cubalah..yang paling best sbb ni activity with the kids.

Salam Cinta!

Wednesday, March 18, 2015

Karemel Dalin :)

Anak2 cuti seminggu, mak pun cuti seminggu lah..
Masa ni lah nak masak macam2.

Petang semalam saya buat karamel. Bila anak kat rumah, dah macam anak2 burung la kicauan depa. Asyik lapo je...

Sementara sedang masak gula dan air, bolelah kita buat lapisan atas ni..

Bila gula dah jadi perang, masukkan lapisan dan kukus 

Inilah hasilnya.

Ini saya share resepi saya nyer karamel. Biasa je karamel saya ni... tapi bole lah kalau nak buat minum petang.

2 cawan gula + air - dalam 5 sudu besar (masak sampai gula jadi perang)

1 tin Susu cair (saya suka guna Ideal)
Gula suku cawan
Telur 3 biji
Esen vanilla 
Garam secubit
Bahan2 ni saya whisk je dalam mangkuk. Whisk sampai sebati.

Bila gula dah jadi perang, masukkan bahan yg diwhisk tadi. Pastu kukus dalam pengukus selama 25-30 min, sampai dah masak. Bila cucuk ngan garfu dan dah takde bekas kat garfu tu kira dah masak la tu. Angkat dan rehat jap, baru masuk dalam peti ais.

Bila dah cukup sejuk bolehlah potong dan hidangkan...

Selamat mencuba.

Salam ;)




Saturday, March 14, 2015

Cute Breakfast Table

Assalamualaikum!

Hari Sabtu memang hari untuk keluarga. Kalau saya takde appointment, memang dok umah je lah jawabnya..Banyak benda nak kena settle kalau tiba hari Sabtu. House chores memang tak penah abih kan? huhu...

Harini kami menyudahkan projek DIY kiteorg yang tergendala. Sepatutnya projek ni disiapkan masa cuti raya Cina aritu. Tapi disebabkan kesuntukan masa dan bahan yang tehad maka kami menunda dulu project ni.

Actually saya memang berminat dgn kayu pallet. Meja ni pun amik ilham daripada website pallet design.

U oll bole je tanya Mr G. Banyak design2 yang best. Yang paling penting kita kena cari pallet yang sesuai lah. Pallet ni banyak design n sizes. Ada yang ringan dan ada gak yang berat. Depends la pada tempat yang korang cari.

Yang paling senang, cari area kilang. InsyaAllah ada banyak. Sebab dieorg ni ada import barang daripada US or UK. Pallet ni pun ikut negara gak. and benda apa yang dia import.

Ada gak orang yang jual pallet ni. Maybe dia beli drpd kilang2 dan jual kat third party.

Kalau kita cari sendiri, tanya je la sapa2 kat situ (kalau ada org, Kalau tak memang ente yang punyalah!) and confirm dapat free. Trust me! Saya dah banyak kali buat. Hihihi...

Kayu Pallet original. Ini dah potong. Asalnya nak jadikan yang dua tu sebagai kaki.

Insyirah tolong mengecat

Insyirah berposing dgn hasil titik peluhnya

Kena jemur dulu bagi cat kering

Taraaaaa! Inilah hasilnya


Bila table ni dah siap, fuh! rasa bangga pun ada. Eh takde lah bangga sgt, nnt jadi riak plak kan! hihi..Alhamdulliah hasilnya sgt memberansangkan. Memang En Suami drill bermati2an. Jadila kan. Ini kalau beli mau 400-500!. Kalau DIY, kosnya tak sampai seratus kot. In fact kalau nak ikut kiraan kasarnya adalah dalam RM60! Percaya tak! Percayalah...Hahahah...

Nanti next entry DIY saya akan tunjuk lagi hasil kerja DIY kiteorg. Stay tune. Babai!

Salam sayang..





Wednesday, March 11, 2015

New Addition

Introducing our new member.

Cik hitams ni blom ada nama. Baru berusia 2 mths++. Tatau nak letak nama apa sbb nampak semua serupa ja...






Al kisah, mak cik hitams ni dtg umah kiteorg masa baru pindah aritu. since kiteorg memang dah ada kucing maka masuk je lah buat mcm umah sendiri.. hmmmm...

Tak tau nak panggil mak dia apa, ingat memula nak namakan cik tambah sbb dia kaler hitam putih..tapi anak2 kata tak sedap, so saya mengEnglishkan namanya dgn Cik Add. Since then jadilah Cik Add ni kucing umah kiteorg.

Dah skrg bertambahlah ahli umah kami...dgn 4 ekor anak kucing...welcome home kids!

Tuesday, March 10, 2015

Familyku

Masuk tahun ni pada 28 May 2015 nanti akan jadi 13 tahun dah saya kawin. Dah ada 3 anak dah saya ni. Dah tua la jugak kan...

Anak dara saya dah nak masuk 12 thn. Nak amik UPSR thn ni. Anak dara kedua dah darjah 4, dan yang bongsu boboiboy saya dah 7 thn dah...

Semuanya sama sekolah. Senang hantar satu sek ja. Sekolah pagi sama, KAFA petang pun sekali.


My Family My Love!

Anak2 pompuanku memey suka berselfie. Adoila! penuh dah fon saya dgn gambo2 selfie dieorg. Ngan kucing pun bole jadi wefie! hmmmm...

Ini introduction saya about my family. Takdelah happening sgt family saya ni. Biasa2 ja. Tapi ini kan blog saya, maka takpalah kan saya.. hahahha...

Till then. Terima kasih sudi menjengah blog saya.

I love you!


Saya Suka Memasak

Satu lagi hobi saya adalah memasak.

Saya suka masak sebab saya suka tengok orang makan makanan yang saya masak. Sampai abih licin agi saya suka.

Fav dish saya of coz lah makanan utara: gulai (org KL panggil kari :)), sambal tumis sotong, udang, ikan, ayam, dan makanan barat.

Saya jugak suka membaking. Tapi sejak pindah umah sewa baru ni, blom ada oven, maka terpaksalah saya melupakan hobi saya yang satu ni...

Tapi takpa nnt bila saya dah beli oven, saya akan upload banyakkkkkk resepi buat kek. hihihi..

Saya jugak akan share resepi2 yang saya masak kat blog ni.

Till  then, jumpa lagi!

I love you!

My Edible Garden

Saya suka berkebun. Saya minat menanam pokok2 sayur. Saya ada daun kari (orang Kedah panggil karapole! hehe) ha, yes! chek oqang Kedah naaaa...

Saya jugak tanam pokok tomato, pegaga, serai, peria, pisang abu, cili padi (cabai melaka orang Kedah kata), capsicum, pokok limau purut yang ditut bersama limau nipis, daun cekur, kangkung, dan yg paling latest daun sup dan daun pudina.

Daun sup tu baru semai. Blom tau lagi dia sanggup tak tumbuh hihi...










Ini antara pics yang saya rakamkan utk kenangan.

Dulu2 saya rasa saya ni tak sesuai tanam pokok. Sebab tanam je mati, tak dan pokok tu nak capai seminggu dah selamat jadi teratai layu di tasik madu.

Tapi alhamdulillah baru je bertatih selepas belajar amik ilmu dari blog2 yang berkaitan dgn tumbuhan ni...

Baru saya tau pokok/tumbuhan ni pun perlukan kasih sayang. Kena ada TLC (tender love care) jugak baru dieorg nak hidup, selain of course baja, tanah dan air secukupnya.

Next entry saya akan share lagi pasal my edible garden dan tips2 nak tanam pokok ya!

Till then, thanks for reading.

I love you!


Exploring the Science Behind Intermittent Fasting: Unlocking the Secrets to a Transformed Physique

Intermittent fasting has gained significant popularity in recent years. But what exactly is intermittent fasting? It is an eating pattern th...